Thursday, 26 September 2013

SAYA DAH DEGREE! :)


ASSALAMUALAIKUM

Ehem! Macam mana nak mula ni ye? Rasa macam malu-malu pulak jari ni nak menaip! Maklom, lama giler tak bukak blog! Hihihi. Maap ye. Okay, first of all, hai korang! Sihat? Heeee... Nak kabor ni. Sekarang ni, Kak Anish dah sambung degree. Kak Anish dapat kat UiTM Shah Alam. Sambung dalam jurusan Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian). Dua tahun je. Sebab dulu Diploma pun course yang sama. Jadi setelah transfer kredit segala hape bagai tu, tinggal la baki dua tahun pengajian. In sha Allah. Dengan izin Allah. 


Alhamdulillah, semua budak first sem degree kat UiTM Shah Alam ni dapat duduk kolej. Begitu juga aku. Aku dapat kolej Anggerik. Dulu kini dan selamanya Anggerik! Dulu study kat Perak pun kolej Anggerik jugak. Huhuhu. Walaupun UiTM ni dekat sangat dengan rumah, tapi aku lebih prefer duduk dalam kolej. Senang apa-apa urusan pun. Pergi kelas pun senang, nak study group pun senang, apaaaa pun senang! Basoh baju je susah sebab aku tak jumpa lagi washing machine kat mana! Ahakzz... :p

Okay, nama pun semester baru, tempat baru, suasana baru dan bilik baru kan? So now... Memperkenalkan! Roommates baru ku sekalian! Hehehe. Aku dapat bilik 4 orang. Jadi bermakna, aku dapat kenal 3 orang lagi kawan baru! Reen, Ayu dan Ika! Yang mula-mula aku kenal si Reen. Dari Sabah bah! Gang Stacy ni. Jangan pulak dia nyanyi lagu Bosan sudah lah! "Aku bosan! Dengan bla bla bla bla bla" Hoiiii... Sentap I nanti! Mana lah tau tak memasal tiba-tiba pulak dia bosan dengan aku... Haha! 

Lepas tu, aku kenal Ayu pulak. Ayu ni Sarawakian! Nya dari Kuching Sarawak. Selalu klakar Sarawak sama kamek. Kamek paham ka, sik paham ka, kamek angguk ja. Hahaha! Paham tak apa aku cakap? Well, sekarang ni aku tengah belajar cakap Sarawak dengan Ayu ni. Ayu pulak jenis klaka Sarawak manjang. Lawak kadang-kadang. Padil pun ada lah ajar aku sikit-sikit bahasa Sarawak ni sebab dia pun ada member Sarawakian. Macam "klakar" tu ha. Siapa sangka klakar tu makna nya bercakap/bersembang? Haaa... Kalau tak cepat pikap otak, mau ternganga kau. Haha! 

Aku ni pun pakai agak je tiap kali klakar atau madah dengan Ayu. Kadang-kadang aku tak paham aku tanya je direct. "Apa Yu? Apa tu? Ha?" Ha, bila dah ada persoalan dari mulut aku dia slow down la. Dia translate dulu untuk aku. Macam hari tu, aku sembang-sembang dengan dia pasal kawan dia jugak. Pastu tiba-tiba dia cakap, "Kenak nya?" Yang aku ni pun boleh tahan bebal telinga! Aku dengar dia cakap "nak kaya". Dalam hati aku dah fikir dah, ape hal dia tiba-tiba mintak kaya ni? Lapar ke? Nak sapu dengan roti ke? Maklom, otak lembab! Hahaha! Rupa-rupanya kenak nya tu kenapa dengan dia. Hahaha! Lepas tu sik tu makna nya tak. Sebab dia selalu tanya aku, "Anis sik makan ka?" Maknanya, Anis tak makan ke. Haa... Jangan terkejot korang kalau satu hari nanti aku update cerita tulis bahasa Sarawak! Hahaha! 

Okay, dan roommate aku yang seterusnya awek Ganu kito. Ika. Terengganu mari... Hok ni aku dah biasa dengar. Dulu study kat Perak tu berapa ramai saing-saing dari pantai timur! So tak terkejut sangat lah. Mula-mula Ika malu-malu nak kecek Ganu. Dia cakap takot aku tak paham. Lorhhh... Aku pun cakap kat Ika, aku dah biasa dengan loghat Ganu. Tak ada hal lah! Ha, lepas tu baru keluar Ganu dia. Huhuhu. Kiranya dalam bilik tu, empat loghat hado! Yang Sabah dengan Sabah nya, yang Sarawak dengan Sarawak nya, yang Terengganu pun dengan Terengganu nya. Aku ni je lah yang seperti biasa, guna bahasa surat rasmi kerajaan! Huhuhu... 

Dari bawah, Reen, Ika, Ayu dan yang paling "ayu", Anis! Hahaha! :p
Baiklah, sekarang ni aku nak preview pulak serba sikit suasana dalam bilik kitorang. Bilik yang kami duduk ni berharga RM210/semester. Tapi aku rasa agak satisfied lah sebab furniture yang dorang sediakan terbaik! Bukan lah 5 star sangat pun. Tapi aku rasa berbaloi lah dengan yuran kolej tu. Locker yang besar. Meja belajar luas. Kerusi sedap. Rak buku besar. Katil tak bising. Lampu kipas ape semua pun okay! Toilet dia pun besar! 8 bilik untuk mandi dan 8 bilik untuk berhajat besar mahupun kecik. Dan the most thing yang aku rasa heaven gile is kolej tu sangat dekat dengan fakulti aku! FSPU. Tak ada lah semput sangat aku nak mendaki gunung-ganang yang telah disembunyikan di sebalik jalan raya yang telah di tar rapi! Fuhhh! Becak ketiak dow! Hahaha! Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah. :)

The one yang ada bunny tu aku punya locker. Besar punye! :D
Ni rupa dalam locker tersebut. Still banyak lagi empty space kat bawah-bawah tu. Kat atas pun kosong lagi. Aku dah tak tahu nak letak apa dah! Tapi yang pelik nya, aku tak paham macam mana Ika punya locker boleh full! Hahaha! And yang paling penting, telekong tu ha. Mana boleh tinggal! Hihihi... Mwuah mwuah! :D 

Ni pulak katil aku. Like always, dapat tingkat atas lagi! Menci... Sia-sia aku datang awal! Konon nak rebut lah katil bawah. Tak nak duduk atas. Sekali kat borang tu memang dah di tetap kan nombor bilik dan nombor perabot. Dan malang nya, nombor perabot aku adalah 4! Jadi, nak tak nak, panjat lah kau ke atas jika kau rasa nak tidur atas tilam! Saja tau tak nak bagi I tidur selalu. Ye la, rajin pulak aku setiap masa panjat tangga tu ha? Memang tak lah. Huhuhu... Dan satu lagi, kain batik mak. Di mana pun daku pergi, kain batik mak pasti akan ku bawa. Kalau rindu, boleh pelok! Ah kau, bajet macam duduk oversea! Hahaha! Padahal every weekend balik! Puih... :p

Alaaa... Malas dah la nak taip panjang-panjang. Kalau ikotkan banyak lagi nak cerita ni. Tak payah lah! Tengok gambar je la eh! Hehehe. 

Ni gambar Kak Anish kat kelas masa 1st week! Semangat! Hehehe 
Ni pulak gambar masa nak buat kad pelajar. Akhirnya jumpa jugak Sarah, Ana dengan Suraya! Tapi tak sempat sembang lama. Tak apa, nanti kita jumpa lagi k! :)


Ni semua kawan-kawan seangkatan yang sama-sama dalam perjuangan menakluk ilmu. And mereka semua sama-sama dari UiTM Seri Iskandar! :)

Shah Alam! Peace yow! :D

Okay lah, sampai sini dulu. Ada kelas ni kejap lagi. Akhir kata, mudah-mudahan perjuangan aku ni sentiasa bersama redha Allah! Ya Allah, permudahkan lah segala urusan ku demi menuntut ilmu. Sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah Taala. Bismillah. Dengan nama Allah. Wish me luck guys! :)